Pusat bantuan

Soalan lazim

Panduan ringkas untuk memilih kursus, mengurus akaun dan mendapatkan bantuan.

Jawapan untuk anda

Bagaimana hendak memilih kursus?

Buka katalog kursus, pilih kursus dan semak penerangan, kandungan serta harga yang dipaparkan sebelum mendaftar.

Di mana saya boleh sambung belajar?

Log masuk menggunakan akaun pembelajaran anda dan buka dashboard pelajar untuk melihat kursus yang disertai.

Bagaimana saya mendaftar akaun pelajar?

Gunakan halaman pendaftaran pelajar. Jika sudah mempunyai akaun, gunakan halaman log masuk.

Bagaimana membuat pembayaran kursus?

Tambah kursus pilihan ke troli, semak jumlah dan teruskan ke checkout. Kaedah pembayaran yang tersedia akan dipaparkan semasa checkout.

Pembayaran atau akses kursus saya bermasalah. Apa perlu dibuat?

Hubungi MaiBelajar melalui email atau WhatsApp. Nyatakan nama kursus dan nombor pesanan jika ada supaya semakan lebih mudah.

Adakah semua kursus menyediakan sijil atau akses sepanjang hayat?

Sila rujuk maklumat pada halaman kursus berkenaan. Jika butiran sijil atau tempoh akses tidak dinyatakan, hubungi MaiBelajar sebelum membuat pembelian.

Di mana saya boleh bertanya tentang refund?

Hubungi [email protected] dengan nombor pesanan dan butiran pertanyaan. Rujuk Polisi Pembatalan & Bayaran Balik untuk kelayakan dan cara memohon. Bagi kursus rakaman, permohonan tukar fikiran boleh dibuat dalam 7 hari selepas pembelian jika kandungan belum diakses. Bayaran berganda dan masalah pembekalan dinilai berasingan; hak pengguna di sisi undang-undang kekal terpelihara.