Laluan belajar

Pilih matlamat.
Ikut langkah.

Panduan untuk mula belajar AI dan kemahiran digital mengikut keperluan kerja atau perniagaan anda.

Laluan usahawan

Dari idea kepada tindakan.

Gunakan tiga langkah ini sebagai panduan belajar sendiri untuk perniagaan anda.

1

Mula dengan asas AI

Kenali cara memberi arahan yang jelas kepada chatbot. Mulakan dengan satu masalah kecil dalam urusan perniagaan.

Cuba sendiri: Tulis arahan untuk mendapatkan idea berdasarkan produk, pelanggan dan tujuan anda.
2

Susun idea kandungan

Gunakan idea awal sebagai draf. Tambah maklumat sebenar tentang produk dan sesuaikan bahasa dengan pelanggan anda.

Cuba sendiri: Sediakan satu draf penerangan produk dan semak setiap fakta sebelum digunakan.
3

Amalkan dan perbaiki

Pilih satu tugasan berulang yang sesuai. Simpan arahan yang berguna dan perbaiki mengikut hasil yang diperoleh.

Cuba sendiri: Bandingkan draf pertama dengan versi yang telah anda sunting.
Laluan pekerja

Bina kemahiran untuk kerja harian.

Mulakan dengan tugasan yang biasa anda lakukan. Tiga langkah ini ialah cadangan latihan kendiri.

1

Kenal pasti tugasan

Pilih satu tugasan seperti menyusun idea, merangka emel atau meringkaskan nota yang dibenarkan untuk dikongsi.

2

Beri arahan yang jelas

Nyatakan konteks, tujuan dan bentuk hasil yang anda perlukan. Gunakan maklumat contoh tanpa data sulit.

3

Semak sebelum guna

Semak ketepatan, nada dan kesesuaian hasil. Anda masih perlu menyunting dan membuat keputusan akhir.

Sedia memilih kursus?

Lihat kandungan dan maklumat kursus yang tersedia di MaiBelajar.

Terokai kursus →
Soalan lazim

Sebelum anda bermula.

Adakah ini pakej kursus?

Ini panduan memilih arah belajar. Kandungan, harga dan akses setiap kursus diterangkan pada halaman kursus masing-masing.

Boleh ikut kedua-dua laluan?

Boleh. Pilih langkah yang membantu tugasan semasa anda dan ubah fokus apabila keperluan anda berubah.

Berapa lama masa diperlukan?

Ikut masa dan tahap anda sendiri. Semak maklumat pada halaman kursus untuk kandungan serta tempoh rakaman yang tersedia.

Perlu bantuan memilih?

Hubungi MaiBelajar dan kongsikan matlamat serta pengalaman anda.